"Perut saya tiba-tiba buncit dan membesar..." - Janda akui terkejut bersalin tanpa sedar diri hamil

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap suami isteri tentu mahukan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga malah juga menjadi pengerat hubungan. Bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai rezeki ini malah ada juga yang perlu lakukan pelbagai usaha untuk memiliki anak.



Namun, berlainan pula akan kisah wanita berstatus janda ini apabila tiba-tiba melahirkan anak tanpa menyedari bahawa dirinya hamil. Kejadian aneh ini berlaku di di sebuah daerah di Kabupaten Cianjur, Indonesia.



Menerusi laporan Tribun News, wanita yang dikenali sebagai Siti Jainah itu dikatakan merasakan ada sesuatu yang memasuki ke dalam rahim sebelum perutnya membesar. Namun, dikatakan kembali normal selepas itu sebelum membesar lagi dan melahirkan seorang bayi.

“Beberapa jam sebelum melahirkan saya merasa ada yang masuk ke dalam rahim saya dan terasa sakit. Setelah itu selama 15 minit perut saya tiba-tiba buncit dan membesar.

“Selang dua minit perut saya kembali rata dan akhirnya saya sakit perut lalu melahirkan bayi yang berjantina perempuan,” jelasnya.


Menurut sumber, ketika melahirkan bayi perempuan itu, Siti telah dibantu oleh seorang bidan bagi memudahkan proses kelahiran tersebut.

“Jujur sehingga sekarang saya masih terkejut. Mungkin ini sudah takdir dari Allah SWT. Yang penting saya dan bayi dalam keadaan sihat,” katanya.

Difahamkan, Siti sebelum ini pernah menikah bersama seorang jejeka warganegara Agrabinta, namun jodoh mereka tidak berpanjangan dan terpaksa berpisah pada empat bulan lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen