Hasrat kahwin awal musnah bila keluarga lelaki tak restu, gadis pasrah fokus pada kerjaya

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat yang bujang tentunya mempunyai keinginan untuk berkahwin pada usia yang muda. Menjalani hubungan yang halal dengan insan yang bertahun-tahun berjanji setia.

Tapi itulah, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya. Mungkin perancangan Allah itu lebih baik dan membahagiakan.

Seperti gadis ini yang mempunyai hasrat yang sama namun, tidak kesampaian apabila terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dalam perhubungan.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Shasha juga menyatakan bahawa dirinya mempunyai keinginan untuk berkahwin awal bersama pilihannya yang sudah dikenali bertahun-tahun.

Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak tercapai apabila hubungan tidak direstui keluarga lelaki malah pasangannya juga tidak memahami perkerjaannya sebagai krew marin.

Menurut Shasha selepas ujian yang berlaku itu, dia akhirnya sedar bahawa dia perlu berkerja keras demi membahagiakan ibu bapanya malah turut mempercayai bahawa semuanya akan dipermudahkan kelak.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum akan semangat gadis tersebut malah turut mendoakan kejayaan serta jodoh yang terbaik buat Shasha.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen