Akibat terlalu sakan 'beraya', pemandu mabuk rempuh ruang tamu rumah

Umum mengetahui bahawa arak merupakan minuman keras yang boleh memudaratkan bukan sahaja terhadap sistem badan si peminum bahkan boleh membawa kesan yang buruk kepada orang sekeliling apabila kadar pengambilannya tidak dikawal.

Hal ini jelas dibuktikan apabila terdahulu Malaysia pernah mencatatkan peningkatan kadar kemalangan yang berpunca daripada pemandu mabuk sehingga ia membawa kepada kematian.

Seorang pengguna Twitter dengan menggunakan nama 'JamaliahMimhat' telah memuat naik posting berkenaan seorang pemandu yang dipercayai mabuk merempuh rumah keluarganya pada jam 4 pagi hari ini.

Sudah jatuh ditimpa tangga lagi, begitulah nasib malang yang menimpa pemandu berkenaan apabila kerosakan yang perlu dibayar bukan sahaja rumah yang pecah bahkan juga kereta bahagian hadapannya yang remuk dek kerana rempuhan yang sangat kuat.

Perkongsian itu memperoleh pelbagai reaksi dari kalangan warganet yang turut bengang dengan kejadian tersebut.

 

'Mujur tak ada orang'

Ekoran kejadian tersebut, mula timbul kebimbangan dalam kalangan mereka yang jenis suka tidur di ruang tamu dan segelintir daripadanya juga berpendapat rumah yang berfungsi sebagai tempat berlindung juga kini kelihatannya sudah tidak selamat lagi.

 

 

 

'Betul-betul raya diaorang ni'

 

'Ya Allah duduk rumah pun dah tak selamat'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen