Tak nak keruhkan keadaan, remaja 'wheelie' motor datang rumah pakcik mohon maaf

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular akan video seorang remaja dengan sengaja mengangkat tayar motosikal yang ditunggangnya sehingga menyebabkan seorang lelaki berusia di belakangnya jatuh membuatkan ramai berasa geram.



Bukan hanya tindakan remaja berkenaan sahaja yang mendapat kecaman namun rakan-rakannya yang merakam dan bergelak ketawa juga dianggap sebagai perkara yang biadap.

Memohon maaf

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter m1nnnt, remaja berkenaan dipercayai telah membuat pemohonan maaf kepada lelaki berkenaan.

 

Tak nak keruhkan keadaan

Menurut komen dari laman Facebook pula, seorang wanita mengaku bahawa dirinya merupakan ahli keluarga salah satu pihak telah memaklumkan bahawa perkara tersebut telah selesai.



Difahamkan, remaja berkenaan juga telah memohon maaf kepada mangsa yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) atas tindakan yang tidak sepatutnya tempoh hari.



Dalam pada itu, mereka juga enggan memanjangkan lagi perkara ini serta tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan kerana kejadian tersebut berlaku antara jiran tertangga.



Macam tak ikhlas?

Namun, masih warganet masih mempertikaikan pemohonan maaf yang dilakukan oleh remaja tersebut, malah diharapkan perkara tersebut memberi pengajaran kepada mereka dan tidak mengulangi tindakan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen