Rumah hangus dijilat api, dua buah keluarga terima bantuan dari Shuib dan Siti Sarah

 

Baru-baru ini Shuib dan isterinya, Siti Sarah telah bertolak ke Kelantan bersempena dengan hari pembukaan cawangan terbaharu produk 'Bubblebee' mereka di sana.

Namun siapa sangka, keberadaan mereka di sana bukan sahaja tertumpu kepada itu apabila mereka  terpanggil untuk membantu dua buah keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran sehingga kehilangan rumah mereka yang hangus dijilat api marak.

 

 

'Kebetulan kawasan tersebut berdekatan dengan kedai baru kami'

Siti Sarah telah memuat naik video yang memaparkan keadaan rumah dan mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurut Siti Sarah lagi, dia menerima perkhabaran duka itu melalui seorang insan yang memberitahunya dan kebetulan lokasi rumah tersebut tidak jauh daripada kedai baru mereka. Jadi, dia mengambil keputusan untuk ke sana untuk melihat sendiri keadaan mangsa selepas kejadian tersebut bersama dengan suaminya.

'Semoga murah rezeki'

Perkongsian video yang dimuat naik oleh Siti Sarah mewujudkan rasa sebak dan simpati orang ramai dan rata-ratanya menitipkan doa agar pasangan selebriti itu dimurahkan rezeki di atas kebaikan yang mereka telah lakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen