Lagu 'Sampai Menutup Mata' nyanyian Elyana buat anak sulung, sentuh hati orang ramai

Bagi mereka di luar sana yang membesar pada zaman drama 'Dunia Baru' sedang melonjak popular ketika itu, pastinya mereka amat kenal dengan Elyana yang boleh dikatakan antara watak utama di dalam drama tersebut.

Namun sejak beberapa tahun yang lalu, penyanyi dan pelakon itu semakin tidak aktif di dalam dunia seni berikutan kemerosotan kesihatan dirinya apabila disahkan menghidap barah limfoma dan tanpa sedar penderitaan yang dilalui olehnya sudah memasuki usia 10 tahun lamanya.

 

Cuba untuk kuat demi keluarga

Di sebalik penderitaan itu, siapa sangka Elyana masih mampu mengukirkan senyuman di hadapan semua orang dan cuba kuat seperti orang yang sihat sehinggakan timbul rasa curiga dalam kalangan warganet suatu ketika dahulu bahawa barah yang sedang dihadapi olehnya hanya satu helah dan tipu daya.

Namun, penyanyi popular yang pernah mendendangkan lagu 'Kalis Pilu' itu tak pernah melatah dan masih kekal tabah menjaga keluarganya termasuk dua orang cahaya matanya yang bernama Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani.

Terbaharu, Elyana telah memuat naik video di laman Instagram miliknya yang memaparkan rakaman lagu yang dinyanyikan sendiri olehnya khas buat puteri sulungnya yang bertajuk 'Sampai Menutup Mata'.

 

 

Perkongsian video itu secara tidak sedar telah menyentuh hati ramai pengikutnya di Instagram ditambah lagi rasa pilu tersebut apabila mengenangkan penderitaan yang ditanggung oleh Elyana selama ini.

Meninjau di ruangan komen, boleh dikatakan agak ramai warganet yang menitipkan doa buat penyanyi tersebut agar dia kembali sembuh seperti sediakala.

'Semoga Allah kekalkan kesihatan yang baik buat Elyana'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen