Petugas MAEPS akui berdepan cabaran kendalikan 'kes pelik' dalam kalangan pesakit

Kita semua sedia maklum bahawa pesakit yang disahkan positif Covid-19 perlu menjalani pengasingan dan tempoh kuarantin sama ada di rumah ataupun di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang disediakan.

Namun, bagi yang tidak pernah mengalami pengalaman menjalani tempoh kuarantin di PKRC pastinya ada yang tertanya-tanya bagaimana pengendalian barisan hadapan melakukan tugasan mereka dan keadaan pesakit yang ditempatkan di situ.

Melalui satu sumber didapati para petugas yang mengendalikan pesakit Covid-19 berdepan dengan pelbagai cabaran bermula daripada sekecil-kecil cabaran sehinggalah ke cabaran yang paling besar.

Wujud golongan kaki rokok dan berjudi

Antara cabarannya adalah menangani pesakit degil yang merokok dan kaki judi ketika menerima rawatan di sana.

Walaupun pemeriksaan telah dijalankan sebelum pesakit memasuki wad namun masih ada lagi barangan larangan ini yang dibawa masuk secara 'seludup'.

"Pihak pusat rawatan telah membuat laporan polis berhubung kes judi supaya polis boleh  siasat dan mengambil tindakan."

-Dr Shahabuddin-

Ekoran perkara tersebut menyebabkan pihak pengurusan perlu melakukan pemeriksaan mengejut di wad untuk mengesan barang larangan tersebut memandangkan mereka sangat licik.

Gaduh berebut kepak ayam

Tambah beliau lagi, bukan sahaja perlu menangani kes yang berat seperti rokok dan judi bahkan mereka juga pernah mendamaikan pertelingkahan dari kalangan pesakit gara-gara menerima kepak ayam dalam makanan sedangkan pesakit lain menerima bahagian peha.

Selain itu, terdapat juga kes pelik yang terjadi antara pesakit apabila berlakunya insiden mencuri bantal rakan wad yang lain.

Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga kamera telahpun dipasang bagi memantau pesakit sekaligus mengelakkan berlakunya pertikaian sehingga boleh menyebabkan pergaduhan yang besar.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen