Dilihat sedang bersenam sejam yang lalu, orang awam tak sangka jumpa mayatnya terapung dalam tasik

Peribahasa melayu ada berbunyi, jika tiada angin masakan pokok akan bergoyang yang bermaksud sesuatu perkara tidak akan terjadi dengan sendirinya melainkan ada sesuatu yang mendorong seseorang itu melakukannya.

Namun berbeza pula kejadiannya ini apabila melibatkan ajal seseorang kerana tiada siapa yang akan tahu akan kehadirannya yang boleh jadi ianya terjadi secara mengejut.

Objek terapung

Mayat seorang wanita telah ditemui terapung di dalam Tasik Taman Jaya pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, bahagian Bilik Gerakan IPD Daerah Petaling Jaya menerima panggilan daripada orang awam yang mengesahkan objek terapung yang ditemui oleh mereka itu adalah mayat.

 

Keterangan saksi

Hasil laporan saksi yang berada di kawasan sekitar tasik memberitahu bahawa mangsa yang ditemui terapung itu dilihat sedang bersenam sejam yang lalu.

Susulan kejadian tersebut, kes hanya dapat diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat dari pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana tiada elemen berkaitan jenayah terhadap mangsa ditemui.

,u=t.createElement(n),u.async=!0,u.src='//static.ads-twitter.com/uwt.js', a=t.getElementsByTagName(n)[0],a.parentNode.insertBefore(u,a))}(window,document,'script'); // Insert Twitter Pixel ID and Standard Event data below twq('init','o0ge8'); twq('track','PageView');