Dah bayarkan makanan, gadis tercengang lelaki 'ghaib' lepas minta izin ke tandas

Oleh: Zuzu Yasmine

Bertemu dengan orang baru memanglah satu kebiasaan, walaupun sekadar ingin berkawan ataupun berkenalan dengan lebih rapat lagi.

Bagaimanapun, bertemu secara bersendirian akan sedikit berbahaya kerana tidak tahu akan niat dan tujuan sebenar pertemuan tersebut.



Seperti gadis ini yang ditinggalkan bersendirian selepas ‘temannya’ meminta izin untuk ke tandas di sebuah restoran.

Menurut gadis @maksudodot, dia menyatakan bahawa dia keluar bersama seorang lelaki, namun lelaki berkenaan menghilangkan diri dan tidak kembali sehingga gadis ini terpaksa menunggu dengan sabar selama 1 jam.



Rasa terpinga-pinga dan sedikit buntu, gadis tersebut turut meluahkan rasa malu apabila situasi tersebut disedari oleh pelanggan yang duduk di meja sebelahnya.




Jelasnya, dia juga telah cuba menghubungi lelaki berkenaan serta menghantar pesanan namun semuanya tidak berbalas.



Lebih malang lagi apabila gadis berkenaan menyatakan dia dengan suka rela membayar dahulu bil makanan mereka kerana lelaki berkenaan memberi alasan tiada wang tunai sedangkan boleh dibayar melalui ‘card’.



Bagaimanapun, gadis tersebut turut menjelaskan bahawa pertemuan itu bukan untuk ‘dating’ namun membincangkan mengenai bisnes, namun tidak sangka akan ditinggalkan bersendirian sebegitu. Malah, dia turut menyatakan bahawa dia ibu dan kekasihnya telah datang menyelamatkan keadaan.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bagaikan tidak percaya apabila masih ada lagi orang yang berperangai seperti itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen