"Bukan salah anaknya lah..." - Eyeshadow pallet rosak sebab anak tetamu tapi dia pula disalahkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata tetamu yang datang ke rumah adalah pembawa rezeki. Tidak dinafikan akan perkara tersebut, namun ketika berada di rumah orang adab juga perlu dijaga.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang mempunyai anak kecil, tentunya perlu lebih banyak pengawasan orang dewasa sekiranya mengunjungi ke rumah orang lain.

Terima tetamu bersama anak kecil

Seperti gadis ini apabila nasib tidak menyebelahinya ketika menerima kehadiran tetamu yang membawa anak kecil ke rumahnya.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Amel menyatakan bahawa keluarganya menerima tetamu yang tidak dikenali malah beranggapan bahawa itu adalah rakan kepada ibu atau bapanya.

Dah letak beg dekat tempat tinggi

Menurutnya, ketika itu dia sedang bersiap-siap untuk pergi ke kerja, dan meletakkan handbag miliknya di kerusi tinggi yang tidak mungkin mampu dicapai oleh kanak-kanak kerana ingin sarapan terlebih dahulu.


Pecahkan eyeshadow

Bagaimanapun, selepas selesai sarapan dia kembali mendapatkan begnya namun dia terlihat eyeshadow pallete miliknya telah pecah kerana telah dibuat main oleh kanak-kanak tersebut.



Rasa tidak berpuas hati akan sikap anaknya, dia segera memberitahu ibu kepada kanak-kanak tersebut bahawa anaknya telah menghancurkan barang makeup miliknya.



Akan tetapi dia disalahkan kembali kerana meletakkan barang makeup tersebut berhampiran dengan budak kecil malah langsung tidak meminta maaf bagi pihak anaknya.

“Bila aku cakap dengan mak budak tu anak dia buat barang makeup aku jadi mainan, aku pula yang disalahkan sebab letak barang makeup dekat dengan budak kecil. Bukan salah anaknya," katanya.

Bersimpati akan nasib gadis berkenaan, warganet turut meluahkan rasa geram akan sikap ibu kanak-kanak berkenaan yang membela anaknya tidak bertempat selain berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan gadis berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen