Bapa panik telinga anak tersangkut pada kipas, telinga terpaksa direntap sehingga koyak

Bukan tak dengar kata tapi semua sedia maklum bahawa kebanyakan budak-budak yang berusia 2 tahun dan ke atas mempunyai sifat agreasif bilamana mereka seronok melakukan apa yang mereka suka.

Pada ketika itulah mereka juga mula belajar banyak benda. Jadi sebagai  ibu bapa, mereka perlu sentiasa peka dengan memantau setiap perbuatan anak-anak kerana secara tidak sedar perbuatan mereka itu mungkin akan mencederakan diri mereka sendiri.

Dengar suara nangis dari dapur

Malang tidak berbau, kejadian ngeri ini telah menimpa seorang kanak-kanak bernama Delisha apabila telinganya terkoyak gara-gara subang yang dipakai oleh kanak-kanak itu tersangkut pada kipas ketika cuba untuk mengambil sesuatu.

Terpaksa jumpa pakar telinga

Tak tergambar rasanya sakit yang dilalui oleh Delisha ketika itu apabila setibanya di klinik, doktor tidak dapat menjahit luka pada telinganya kerana keadaan telinga Delisha pada ketika itu serius dan pihak klinik mencadangkan untuk terus membawanya berjumpa pakar telinga di hospital.

 

Delisha seorang yang aktif

Mengakui sifat anak keduanya itu, Puan Dewi menceritakan lagi bahawa Delisha terpaksa menjalani pembedahan telinga.

 

 

Hampir jadi kes Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Susulan kejadian tersebut, Puan Dewi memaklumkan bahawa kes yang menimpa anaknya itu hampir sahaja dibawa ke pihak JKM kerana doktor seperti mengesyaki bahawa itu adalah kes dera.

Walau bagaimanapun, kejadian pada 10 Februari itu benar-benar memberi satu pengajaran buat Puan Dewi dan luka anaknya juga sudah semakin sembuh. Melalui kisah yang dikongsikan oleh Puan Dewi ini dapatlah ibu bapa di luar sana mengambil iktibar.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen