Setahun terpisah, suami lakukan kejutan pulang jumpa keluarga buat isteri menangis

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai rakyat di negara kita mencari rezeki di negara jiran, Singapura. Sepanjang pandemik melanda, ramai yang masih belum berkesempatan untuk pulang melihat keadaan keluarga di kampung halaman.

Ada yang sudah berbulan-bulan, malah ada juga yang makan tahun menanggung rindu terbeban di hati sambil menghitung hari bertemu dengan yang tersayang.



Berdepan dengan nasib yang sama, keluarga kecil ini sudah lama tidak bertemu dengan suami dan ayah disebabkan mencari rezeki buat mereka.

Terkejut lihat suami depan mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh Asmhabd di aplikasi TikTok, dia berkongsi akan seorang lelaki yang membuat 'surprise' kepulangannya di rumah anak dan isteri selepas setahun tidak berjumpa.




Berdasarkan video tersebut, anak lelaki kepada pemuda berkenaan terlihat terkejut apabila kehadiran bapanya malah ibunya juga seakan terkedu dan mengelap air mata kegembiraan.



Difahamkan, pemuda berkenaan berkerja di Singapura, namun tidak ada kesempatan untuk pulang melawat keluarganya berikutan masalah kewangan.



Menurut sumber, sepanjang mereka berjauhan, pasangan ini menggunakan 'video call' sebagai pengubat rindu antara satu sama lain.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak akan pertemuan tersebut malah turut meluahkan perasaan rindu masing-masing terhadap pasangan yang tidak dapat pulang bertemu dengan keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen