"Makan KFC je lepas akad nikah." - 'Photoshoot' pengantin di KFC tarik perhatian

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pelaksanaan PKP 2.0 kali ini sedikit mencabar sehingga ia memberi kesan yang hebat terutamanya buat peniaga-peniaga kecil di luar sana.

Bukan itu sahaja, bahkan ingin mengadakan majlis akad nikah juga mengalami sedikit kesukaran apabila perlu mematuhi prosedur yang ketat sepanjang majlis berlangsung termasuk menghadkan jumlah ahli keluarga yang hadir dan seorang jurugambar bagi yang memerlukan untuk merakamkan detik-detik indah mereka di hari bahagia itu.

Diajak makan tengahari bersama

Sebagai seorang jurugambar, dia yang menggunakan nama Angah juga pernah terpanggil untuk mengambil gambar pasangan pengantin ini. Seperti biasa, kebanyakan pasangan akan ambil gambar di majlis akad nikah sahaja namun pada hari itu dia telah diajak oleh bapa pengantin perempuan untuk makan tengahari di kedai makanan segera, KFC yang berdekatan.

Tambahnya lagi, pada ketika itu Perdana Menteri telahpun mengisytiharkan bahawasannya premis makanan boleh dibuka untu orang ramai 'dine-in' dengan syarat hanya dua orang sahaja untuk satu meja.

 

 

Kejadian yang tidak disengajakan

Difahamkan, sesi fotografi itu dilakukan bukan atas permintaan pasangan tersebut tetapi atas kerelaan jurugambar itu sendiri.

"Semasa mereka makan, saya memutuskan untuk mengambil gambar gambar-gambar itu. Ini adalah kali pertama saya mengambil gambar untuk 'jamuan makan' yang berlangsung di KFC"

-Jurugambar-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen