Muncung mulut bila ayah tak bagi makan daging, gelagat merajuk si anak bikin tak kering gusi gelak

Jika di rumah yang suka membebel itu disifatkan khusus untuk para ibu, namun video yang telah dikongsikan oleh Fikry Ibrahim di laman Twitter ini pula adalah sebaliknya apabila ia memaparkan seorang bapa sedang bebelkan anaknya tentang sesuatu perkara.

 

 

"Papa tegur sebab papa sayang, kang malam awak terbatuk-batuk macam mana?Daging tu makanan orang tua"

Merajuk sebab tak dapat makan daging

Ternyata bebelan itu berpunca daripada anaknya yang ingin makan daging seperti papanya makan tetap tidak diizinkan oleh si bapa memandangkan dia masih kecil dan tidak sesuai dutambah lagi apabila daging tersebut mempunyai teksture yang liat.

"Awak tengah merajuk ke sembahyang?"

Meninjau pula di ruangan komen, rata-ratanya turut terhibur dengan adegan anak beranak tersebut. Lebih terhibur apabila melihat respon si anak yang hanya berdiri sambil memeluk tubuh seperti sedang sembahyang.

 

 

'Bapak bebel lagi berkesan'

Di samping itu, ada juga dari kalangan mereka yang menyifatkan bahawa bebelan bapa lagi berkesan berbanding dengan mak.

 

Walau bagaimanapun, bebelan mereka inilah yang akan dirindukan suatu masa nanti kerana tujuan mereka hanyalah ingin mendidik dan mengajar anak-anak agar menjadi insan  yang mampu dilentur yang membawa maksud senang untuk menerima teguran apabila menginjak dewasa kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen