Jumpa bangkai katak dan paku karat, Andi Bernadee didakwa mangsa khianat wanita misteri

Nama Andi Bernadee tidak asing lagi dalam industri seni apabila sejak kebelakangan ingin dia semakin aktif bukan sahaja di kaca televisyen bahkan juga telah mengeluarkan lagu terbarunya yang bertajuk 'Kais Pagi Kais Petang'.

Selain mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, umum juga mengetahui dia mempunyai sifat dan perwatakan yang ceria dan ramah sehinggakan tanpa sedar ada rahsia besar yang penyanyi itu sembunyikan dari peminat-peminatnya apabila dia telah menjadi mangsa khianat orang.

Penemuan bangkai katak dan paku

Kejadian ngeri itu telah dikongsi sendiri oleh Andi di ruangan Instagram miliknya pada lewat malam semalam dan sudah semestinya berita itu mengejutkan ramai pihak bukan sahaja rakan media bahkan juga peminat-peminatnya.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya didapati terdapat dua paku karat dalam mangkuk berisi telur yang dipercayai tekah ditarik daripada bahagian tekaknya. Tidak hanya dengan itu, katak kering juga ditemui di atas bumbung kediamannya.

'Ini bukan kali pertama'

Dalam satu kenyataan mendapati bahawa kejadian misteri itu bukanlah kali pertama dia lalui tetapi tidak sedahsyat sekitar dua tiga tahun lalu sehinggakan dia terpaksa berubat di Jogjakarta, Indonesia.

"Sebelum ini, saya pernah termakan benda kotor yang diletakkan dalam makanan dan saya terkena lagi beberapa hari lalu buat kali kedua. Rakan serumah terpaksa memanggil ustaz untuk mengubati saya selepas asar."

-Andi-

Sukar tidur, selera makan bertambah

Tambah pemilik lagu Donde itu, serangan kali ini dia menghadapi kesukaran untuk lelap mata(tidur). Meskipun mata rasa nak tutup tetapi dia tidak dapat tidur.

Meskipun perit melalui hari-hari itu tetapi Andi mengakui bahawa selera makannya bertambah sehingga perut menjadi buncit.

Mangsa dengki seorang wanita

Percaya atau tidak tetapi itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Andi sendiri apabila dia memberitahu bahawa dia telah menjadi mangsa dengki seorang wanita.

"Sejujurnya, saya tak mahu percaya semua ini. Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati."

"Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya."

-Andi-

 

 

 

'I need rest'

Terbaru, Andi telah memuat naik satu status di Instagram miliknya yang menunjukkan keadaan semasanya buat masa ini.

'Allahu Akbar, get well soon'

Meninjau di ruangan komen memang tidak dapat dinafikan ramai yang terkejut dengan perkhabaran tersebut.

'Patutlah you nampak macam lain sikit'

'Patutlah Andi senyap dekat story IG'

Secara tidak langsung video tersebut terus dibanjiri dengan ribuan komen yang mendoakan kesejahteraan artis kelahiran Sabah itu dan mengharapkan moga Andi tabah menerima ujian yang menimpanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen