Penyewa dari neraka, tinggalkan bil RM3,000 dan rumah kotor, gadis luah rasa kesal

Habis madu, sepah dibuang. Begitulah sikap yang dapat digambarkan kepada penyewa rumah ini apabila didapati mereka sekeluarga keluar dari rumah sewa tersebut dalam keadaan yang kotor dan menjijikan.

Siapa yang tidak mengeluh apabila kejadian seperti itu terjadi dan pastinya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab penyewa itu.

Video yang dikongsikan oleh seorang gadis di laman Tiktok miliknya dengan menggunakan nama 'Ayintanx' memaparkan keadaan keseluruhan rumah milik atuknya yang dihuni oleh penyewa pengotor sebelum ini.

Hairan penyewa baru nak masuk

Cerita tersebut bermula apabila gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Intan itu hairan apabila mendapat panggilan daripada seseorang yang memaklumkan bahawa dia ingin menyewa rumah tersebut sedangkan rumah itu masih berpenghuni sejak tahun 2016 yang lalu.

Susulan perkara tersebut, dia lalu melihat sendiri rumah sewa tersebut dan ternyata memang betul kosong. Jiran-jiran berdekatan turut memaklumkan bahawa penyewa sebelum ini telah berpindah.

Kotor seperti rumah terbengkalai

Tak keruan rasanya melihat keadaan rumah ketika itu. Menurut Intan, keadaannya tidak seperti waktu mula-mula masuk menyewa.

"Ada banyak barang seperti perabot lama yang ditinggalkan dan tidak dibuang."

"Dinding rumah luar dan dalam dipenuhi conteng budak-budak. Saya tahu mereka ada anak-anak kecil tapi takkan pindah keluar tinggalkan macam tu saja."

-Intan-

Selain melihat keadaan rumah tidak terurus, penyewa juga meninggalkan lampin bayi yang telah digunakan dengan dipenuhi dengan air kencing.

'Jadikanlah rumah sewa macam rumah sendiri'

Benar dia hanyalah penyewa, namun menurut Intan itu tidak bermakna dia boleh melakukan perkara yang seperti itu sewenang-wenangnya.

"Jadikanlah rumah sewa itu seperti rumah sendiri. Ada rasa tanggungjawab. Bukannya dibiarkan teruk macam dah tak serupa rumah."

-Intan-

Lambakan tunggakan bil

Tidak hanya dengan itu, bebanan kian terasa oleh Intan dan keluarga apabila mendapati penyea sebelum ini turut meninggalkan tunggakan bil elektrik dan air sehingga mencecah RM3300.

"Kedua-duanya adalah bil pada bulan lepas dan saya tengok jumlahnya tinggi disebabkan tunggakan."

-Intan-

Bagaimanapun, tambah Intan lagi dia dan keluarganya kini sedang cuba untuk berurusan dengan bekas penyewa berkenaan bagi melunaskan tunggakan bil dan juga membayar kob baik pulih terhadap kerosakan di dalam rumah yang dihuni mereka sebelum ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen