Ziarah pusara bapa di hari konvokesyen, gadis letak topi atas batu nisan kongsi kejayaan bersama

Oleh: Zuzu Yasmine

Majlis konvokesyen akan lebih bermakna apabila kedua ibu bapa turut hadir bagi meraikan hari penuh bermakna tersebut, lebih-lebih lagi mereka menjadi tulang belakang untuk kerjayaan tersebut.

Bagaimanapun, tidak semua orang bernasib baik dalam berkongsi kegembiraan bersama insan yang banyak berkorban itu.



Seperti gadis berasal dari negara Jiran Indonesia ini yang memuat naik satu video menyentuh hati di aplikasi TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, memaparkan gadis lengkap berpakaian jubah konvokesyen sedang menziarahi kubur arwah bapanya yang mesra dengan panggilan ‘abah’.

Difahamkan, gadis yang dikenali sebagai Yussri Linnah itu baru sahaja tamat pengajiannya.

"Mungkin jika abah ada sewaktu majlis tamat pengajian kelmarin pasti seperti ini,” tulisnya pada video berkenaan.

Sebak melihat rakaman tersebut, gadis itu juga menggalkan topi konvo miliknya dan meletakkan di atas batu nisan, seolah-olah dia sedang menyarungkan kepada bapanya.

Akibat tidak tahan kesedihan, dia terlihat mengusap kedua-dua belah pilihnya berkali-kali yang dipercayai telah basah disebabkan air mata yang merindui arwah bapanya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa sebak melihat perkongsian gadis tersebut, malah mereka turut mendoakan arwah bapanya selain turut berkongsi kisah duka yang hampir sama dengan gadis itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen