Terpisah selama 20 tahun, 3 beradik sebak dapat tengok muka ayah buat pertama kali

Pasangan berkahwin mana yang inginkan perpisahan itu berlaku dalam rumah tangga mereka, namun jika itu adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak ia pasti juga akan berlaku.

Buat pasangan yang sudah berpisah, kehidupan selepas itu tidaklah semudah yang kita sangka. Pada awalnya akan rasa perih dan susah lebih-lebih lagi bagi pasangan yang sudah memiliki anak yang memerlukan keadilan pula dalam soal hak penjagaan.

Namun apa yang berlaku terhadap 3 orang adik beradik ini pula adalah sebaliknya apabila mereka tidak pernah berjumpa dengan ayah kandungnya selama 20 tahun selepas ibu bapa mereka berpisah. Luahan sebak itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai si.maduuu.

 

"Alhamdulillah ya Allah, selepas 20 tahun, penantian yang tak sia-sia. Still speechless"

Begitulah antara ungkapan seorang anak apabila akhirnya dapat berhubung dengan ayahnya walaupun hanya secara maya.

Perkongsian itu menerima hampir 73 ribu kesukaan dan dibanjiri dengan ribuan komen yang rata-ratanya tumpang gembira di atas khabara gembira tiga beradik itu.

Di sebalik kegembiraan itu, saat meninjau di ruangan komen ternyata mereka juga berkongsi kisah kehidupan mereka apabila terpisah dengan keluarga kandung yang bukan sahaja atas sebab kemastian malahan juga ada yang berpisah dalam keadaan mengetahui ibu bapa mereka masih hidup.

'I miss my dad too'

'Hope I can find my mom too'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen