Tak sangka suami berubah jadi lelaki lembut, keputusan isteri untuk terus setia di sisi curi perhatian ramai

Benarlah orang kata bahawa dalam melayari bahtera rumah tangga kita akan bertemu dengan bermacam-macam ujian untuk melihat sejauh mana tahap keikhlasan dan kesetiaan pasangan masing-masing.

Namun, ujian setiap pasangan itu tidak sama. Dari kalangan mereka ada yang diuji dengan masalah kesihatan, kewangan dan sebagainya.

Kedengaran agak pelik tetapi itulah yang terjadi kepada pasangan ini apabila mereka diuji dengan perubahan fizikal suaminya yang bertukar menjadi lembut.

 

"Tidak ku pinta keinginanku jadi macam ni"

Begitulah luahan hati suami yang hanya mahu dikenali sebagai 'Abe' menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok miliknya.

Bercakap tentang pandangan dan pendapat orang lain pastinya ada kiriman yang jelek dilontarkan oleh mereka di luar sana namun tak kurang juga yang memberi kata-kata semangat buat Abe dan pasangannya yang bernama Yana.

'Handsomenya abang dulu, jadilah macam dulu balik'

 

 

'Ubah perlahan-lahan jadi baik'

 

'Mesti ada sebab tertentu'

 

'Sekurangnya awak masih setia'

Cekal hati seorang isteri menerima kekurangan suaminya. Meskipun diuji dengan perubahan suaminya namun masih tetap di sisinya. 

Memang semua yang terjadi bukan atas kehendak kita. Walau apapun diharapkan buat pasangan yang sedang diuji di luar semoga mereka tabah dan cekal menghadapinya bersama.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen