Beria sediakan bahan mengajar, anak sebak lihat hanya seorang saja masuk kelas 'online' bapa

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi mengawal penularan wabak Covid-19, pihak kerajaan telah memperkenalkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) buat para pelajar serta guru-guru.

Tidak mahu para pelajar ketinggalan dengan setiap pembelajaran, guru-guru telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas secara atas talian.


Bagaimanapun tidak semua pelajar menghargai usaha guru mereka di samping tidak mempunyai peranti sesuai buat mengikuti kelas tersebut.

Berdasarkan perkongsian TikTok seorang gadis yang dikenali sebagai Syar, memaparkan kegigihan bapanya yang merupakan seorang guru dalam mengendalikan kelas online.



Meluahkan rasa kecewa, gadis tersebut menyatakan bahawa hanya seorang pelajar ayahnya sahaja yang menyertai kelas tersebut, manakala yang lain tidak tahu ke mana.



Jelas riak kesedihan di wajah bapanya itu apabila telah berusaha keras daripada awal terutama dalam menyediakan bahan-bahan untuk proses pembelajaran berkenaan.


Walaupun hanya seorang pelajar sahaja, namun guru tersebut masih lagi tersenyum disamping teruskan usaha untuk mengajar malah gadis tersebut turut menasihati agar tidak melakukan perkara sedemikian rupa pada guru masing-masing.

Menjengah ke ruangan komen, warganet bersimpati akan nasib guru berkenaan malah turut berang apabila masih ada lagi para pelajar yang tidak menjaga adab mereka ketika menuntut ilmu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen