Tak sabar nak jumpa sebab rindu, lama tunggu tapi polis yang datang khabarkan kematian suami

Rindu yang paling sakit adalah rindu pada insan yang sudah tiada lagi di atas muka bumi ini. Hanya doa yang mampu menjadi pengantaraannya lebih-lebih lagi menaruh rasa rindu itu terhadap orang yang paling bermakna dalam hidup kita.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Ain ini. Dia sering memuat naik video-video tentang suaminya yang telah meninggal dunia sehingga menyebabkan warganet ingin tahu cerita sebenar di sebalik kesedihan yang dilalui oleh wanita itu.

"Saya tak minta banyak...Mintak Allah kuatkan hati untuk lalui hari-hari yang mendatang."

Begitulah antara bait-bait kata yang dicoretkan oleh wanita itu di dalam videonya yang mana dia sangat berharap agar Allah memberinya kekuatan untuk dia meneruskan kehidupannya selepas ini tanpa suami tercinta di sisi.

Perkongsian itu mengundang sebak warganet dan rata-ratanya turut menitipkan kata-kata semangat buat Ain dan tak kurang juga yang turut berkongsi kisah apabila pengalaman yang dilalui oleh Ain merupakan pengalaman yang sama menimpa mereka.

 

'Saya pernah mengalami situasi ni'

 

 

'Paling takut nak lalui saat ni'

'Moga tabah lalui hari mendatang'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen