Tengok wajah bakal isteri pada IC je, cara pasangan 'limited edition' ini bercinta jadi inspirasi

Berbicara tentang cinta, sudah menjadi lumrah jika perempuan dan lelaki itu saling menaruh hati dan perasaan namun sejauh mana mereka mampu untuk mengekalkan kesucian cinta itu seperti menjaga pergaulan dan mengawal nafsu sesama mereka sepanjang perkenalan sebelum mereka menghalalkan hubungan tersebut.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, dia telah memuat naik status di laman akaunnya dengan berkongsi kisah pertemuannya dengan suami bermula daripada mengikat hubungan dengan tali pertunangan yang lama sehinggalah selamat diijab kabul pada Disember tahun lalu

Hantar wakil sahaja

Mengangumi sifat suaminya, wanita yang dikenali sebagai Farhah ini berkongsi ceritanya dengan memberitahu bahawa dahulu suaminya hanya hantar wakil sahaja untuk berjumpa dengannya dan meskipun dia punya hak untuk melihat wajah tunangannya pada waktu itu tetapi dia lebih memilih untuk tidak melakukannya.

Pernah rasa macam tak nak teruskan

Percaya atau tidak memang tak banyak tapi sikit pun pasti akan ada dari kalangan kita yang akan letakkan rupa paras itu antara perkara paling penting ketika membuat pemilihan lebih-lebih lagi untuk menjadikan seseorang itu sebagai suami mahupun isteri.

Begitu jugalah yang terjadi kepada Farhah apabila suaminya berkongsi detik selepas melihat kiriman gambar kad pengenalan milik isterinya sewaktu ketika dahulu bilaman mana dia rasa seperti tak jadi nak teruskan.

 

Namun niat itu terpaksa dimatikan serta-merta kerana tidak mahu membebani kedua-dua belah pihak yang sudah berjanji ingin menyatukan mereka. Tambah suaminya lagi, janji yang sudah dibuat tidak mungkin diingkari kerana menepati janji adalah wajib

Syukur miliki dia sebagai suami

Bagaimanapun, Farhah sangat mengagumi sikap dan perwatakan suaminya yang sentiasa menjaga pergaulan termasuklah tidak pernah sekalipun berhubung dengannya dalam telefon bimbit.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen