Tak dapat teman isteri ketika bersalin, suami azankan anak guna 'voice note' dari pondok guard

Oleh: Zuzu Yasmine

Melepaskan isteri bersalin seorang diri tanpa berteman tentunya membuat hati suami rasa gelisah dan tidak tenang, lebih-lebih lagi pada ketika pandemik melanda ini sememangnya ibu-ibu akan bersendirian di wad bersalin.

Itulah yang dilalui ibu muda ini apabila terpaksa melalui saat-saat mendebarkan seorang diri tanpa suami di sisi.

Kata-kata semangat dari jauh

Menerusi perkongsian pengguna Twitter Syaza Joe mengatakan di saat dia bakal melahirkan anaknya, suaminya hanya mampu menemani melalui aplikasi WhtasApp sahaja.

Menurutnya, ibu-ibu yang melahirkan anak ketika Covid-19 melanda ini sememangnya sangat berdikari kerana semua perkara dilakukan sendiri.

Terpaksa bersalin secara caesaren

Apa yang medebarkan lagi apabila dia terpaksa bersalin secara caesaren mengikut saranan doktorkerana keadaan bayi yang dikatakan agar besar dan tinggi. Namun begitu, semuanya berjalan dengan lancar dan dia selamat melahirkan bayi lelaki.

Suami azan guna guna WhatsApp

Walaupun suaminya tidak mampu azankan setelah anaknya selamat dilahirkan, namun suaminya mengazankan bayi mereka melalui voice note yang dihantar.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata mereka mengucapkan tahniah malah turut berkongsi perasaan bimbang kerana bakal melahirkan anak tanpa suami di sisi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen