Balut kaki isteri dengan plastik, suami bimbang kasut basah terkena hujan ketika naik motor

Oleh: Zuzu Yasmine

Beruntung seorang isteri memiliki suami yang menghargai dan bertimbang rasa. Walaupun untuk perkara yang dirasakan remeh namun apa yang dilakukan tentunya akan menyumbang pada keharmonian rumah tangga.



Malah, suami sebegini juga tentunya sangat bertanggungjawab serta tahu memainkan peranan sebagai pemimpin dan pelindung buat keluarganya.

Takut kasut isteri basah

Terasa bahagia dan disayangi, itulah yang digambarkan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai Putri Harissa dimana dia bersyukur apabila memiliki suami yang memahami penat lelah isteri.


Menerusi video yang dikongsikan itu, memaparkan si suami sanggup pergi ke kedai runcit berdekatan untuk mengambil plastik sebelum membalut kasut yang yang dipakai isterinya agar tidak terkena hujan.



Difahamkan, suami wanita tersebut berkerja sebagai ‘rider’ demi mencari wang untuk menyara keluarga tercinta.

“Ya Allah murahkan rezeki kami sekeluarga, lindungi suamiku dari segala bahaya. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal ke Jannah. Amin,” tulisnya.

Video tersebut menerima lebih 100,000 tontonan malah rata-rata warganet turut terasa bahagia melihat pasangan tersebut selain medoakan agar dikurniakan rezeki buat mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen