Gara-gara ketawakan sebutan guru DidikTV, penyampai radio dikecam netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa NTV7 kini telah digantikan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula Khamis lalu.

Difahamkan, guru-guru yang dijemput untuk mengajar adalah dalam kalangan guru yang berpengalaman dalam bidang masing-masing agar kualiti pengajaran dapat disampaikan pada tahap yang terbaik.



Bagaimanapun, tular satu video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, @amer_aljeffrey berkenaan cara pengajaran seorang guru sains yang menjadi bahan lawak seorang penyampai radio.

Menerusi video yang dikongsi itu, penyampai tersebut mentertawakan seorang guru wanita kerana sebutan Bahasa Inggeris guru itu dikatakan tidak betul.



Dianggap sebagai satu tindakan biadap, warganet dikatakan mula menyerang ruangan Instagram dan juga akaun TikTok milik penyampai itu dan meminta dirinya membuat pemohonan maaf.



Namun, video yang dimuat naik oleh penyampai tersebut dipercayai telah dipadam bagi mengelakkan serangan daripada netizen.




Sehubungan dengan itu, masih belum ada penjelasan daripada pihak penyampai terbabit malah warganet masih lagi mengecam tindakannya itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen