Jangan Bebankan Bakal Suami Dengan Perbelanjaan Tinggi.

Semua orang khususnya perempuan pasti ada konsep majlis perkahwinan yang diimpikan, kan? Ada yang mahukan pelamin dipenuhi bunga, baju diperbuat dari kain lace dipadankan dengan songket tenun, khemah transparent dengan fairy lights, ada yang mahukan khidmat jurugambar tersohor atau jurumekap berpengalaman. Bak kata orang, kahwin kan sekali seumur hidup jadi anda pastilah mahukan yang terbaik. Masalahnya, semua ini perlukan belanja. Semakin besar angan-angan, semakin besarlah belanjanya. Kalau anda memang berkemampuan, tak apa. Tapi kalau kurang berkemampuan, malangnya ramai diantara kita yang memilih untuk meletakkan beban ini ke atas bahu bakal suami. Ini tak sepatutnya berlaku kerana dalam Islam, tak ada istilah belanja kahwin, lebih-lebih lagi jika jumlah yang ditetapkan itu terlalu tinggi. Yang ada hanyalah pemberian mahar atau mas kahwin daripada bakal suami untuk bakal isteri mengikut kemampuan bakal suami.



Ada juga keluarga yang meletakkan belanja tinggi atas alasan ia berbaloi dengan belanja yang telah dikeluarkan oleh keluarga pengantin perempuan semasa membesarkannya, sedangkan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab yang wajib dipikul oleh ibu bapa. Buatlah majlis dengan sederhana, sesuai dengan kemampuan sendiri. Ukuran sederhana itu lain bagi setiap orang. Kalau anda memang mampu, tak ada salahnya buat majlis yang meriah selagi ia tak membebankan. Kalau anda kurang mampu, jangan pula adakan majlis besar-besaran hanya untuk menunjuk kemewahan atau nak 'berlawan' dengan sesiapa. Utamakanlah yang wajib. Mudahkan urusan yang sebenarnya mudah. Selepas kahwin, banyak lagi tanggungjawab lain yang akan ditanggung oleh pasangan yang baru berkahwin ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen