"Aku sayang kau..." - Hasrat berkahwin selepas raya musnah, 'rider' maut dalam kemalangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Hasrat mendirikan rumah tangga seorang lelaki tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan maut selepas motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang warga emas berusia 64 tahun di di Taman AST, Seremban kelmarin.

Menerusi laporan Harian Metro, mangsa dikenali Muhammad Azman merupakan seorang penghantar makanan Foodpanda malah miliki perancangan untuk mendirikan rumah tangga selepas perayaan Aidilfitri dengan gadis pilihan hati.



Menurut abang mangsa, Muhammad Ridzuan berkata, adik bongsunya melakukan kerja sampingan sebagai ‘rider’ makanan sejak bulan lalu bagi menambah wang untuk hari bahagia yang bakal tiba.

Tunang mangsa iaitu Nurul Aishah Zainal Abidin berkata dia sempat makan tengah hari bersama-sama sebelum kejadian itu berlaku termasuk diberi RM500 oleh arwah untuk kegunaan kecemasan.

Sementara itu, melihat ke akaun Facebook milik tunang mangsa, dia ada memuat naik posting luahan hati atas kehilangan mangsa yang berusia 30 tahun itu dan reda dengan segala ketentuan Allah SWT.

“Kita dah rancang semua sama-sama. Kita nak kahwin, nak cari rumah sewa, nak kumpul barang rumah sama-sama. Kita makan kongsi dua..”

“Tapi Allah maha mengetahui maha adil. Allah sayang kau. Aku sayang kau. Semoga kita jumpa lagi Azman. Segala nasihat kau, aku akan ingat,” coretnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, pemandu kereta pula tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen