Pernah jadi bahan tawa bangsa sendiri gara-gara salah sebutan, Atlet negara suntik motivasi buat yang 'broken English'

Baru-baru ini telah tular di media sosial apabila seorang penyampai radio menjadikan guru rancangan Didik TV sebagai bahan gurauannya.

Susulan kejadian tersebut, dia menerima pelbagai hentaman dan kecaman daripada warganet kerana perbuatan tersebut dianggap tidak beradab sehinggakan individu tersebut telahpun digantung tugas daripada menjadi penyampai radio.

Di kesempatan isu tersebut yang masih belum reda, seorang atlet berbasikal negara iaitu Azizul Hasni Awang berkesempatan berkongsi pengalamannya yang boleh dikatakan mempunyai nasib yang hampir sama apabila dia mengalami kesukaran sewaktu mula-mula baru ingin mempelajari bahasa tersebut.

Perkongsian beliau yang dimulai dengan ayat 'Brokeng English' jelas menceritakan tentang bagaimana anak kelahiran Terengganu ini melalui kesukaran untuk fasih dalam bahasa Inggeris sehingga menjadi bahan tawa orang lain yang sebangsa dengannya.

Menurut Azizul Hasni Awang dalam kenyataanya, individu tersebut mempunyai sijil pelajaran yang tinggi iaitu PhD tetapi tindakannya yang menggelakkan kesalahan sebutan inggerisnya  adalah perkara yang tidak disangka sebaliknya 'mat salleh' yang turut berada di situ yang memperbetulkan semula

Mentaliti rakyat masih jauh ketinggalan

Dalam kenyataan beliau juga tidak menafikan bahawa Malaysia tidak ketinggalan dalam kemajuan pembangunan dan ekonominya yang seiiring dengan negara maju yang lain.

Namun mentaliti rakyat dalam kalangan kita masih jauh ketinggalan apabila wujudnya sikap suka memperlekehkan antara satu sama lain ini semakin berleluasa sedangkan di negara luar mereka saling memperbetulkan dan membantu antara satu sama lain.

"Kita sudah tidak jauh untuk mencapai 'Developed Country' akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih jauh di belakang."

-Azizul Hasni Awang-

 

Bagaimanpun, beliau turut menitipkan semangat buat yang membaca coretan tersebut sekaligus memohon maaf sekiranya perkongsian yang dimuat naik olehnya itu menyebabkan ada yang kurang selesa.

 

 

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen