Tak sampai hati tengok pakcik berdiri lama, niat murni wanita borong semua jualan pakcik ini sentuh hati orang ramai

Kudrat warga emas lingkungan 60 tahun dan ke atas pastinya tidak sama dengan orang muda. Badannya semakin lemah dan tidak berdaya. Timbul rasa belas kasihan dalam hati kita namun terkadang sebahagian daripada mereka memilih untuk terus berkerja seperti meniaga bagi menghilangkan rasa sunyi dan kebosanan di rumah dan ada juga yang melakukan pekerjaan itu bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Seorang pengguna akaun Facebook telah memuat naik video yang mengundang sebak apabila persinggahannya ke stesen minyak tersebut telah mempertemukannya dengan seorang pak cik yang sedang menjual buah.

"Kepada sesiapa yang lalu dekat petron Masjid Tanah, Melaka tolong jagakan pakcik ini untuk aku"

Begitulah antara kata-kata yang ditulis oleh Alina pada kapsyennya di Facebook.

Teringin nak makan buah

Cerita Alina bermula apabila dia teringin nak makan buah potong tetapi anaknya pula inginkan ais-krim membuatkan dia dan suami singgah sebentar di Petron dan kebetulan terlihat pakcik yang menjual buah.

Nak pakcik balik awal

Gara-gara tak sampai hati melihat pakcik itu berdiri lama untuk habiskan jualan membuatkan Alina ingin membeli semua jualannya yang masih berbaki agar pakcik itu dapat pulang ke rumah awal.

Di kesempatan itu, Alina turut memberi sedikit wang untuk dia berbelanja dan keperluan asas lain seperti beras dan tidak semena-mena undang sebak pak cik itu.

Perkongsian video oleh Alina meraih perhatian ramai orang dan dalam masa yang sama mereka juga bermain dengan emosi masing-masing apabila mengenangkan sekiranya nasib ayah mereka yang jauh di mata dan tak lupa juga yang mendoakan agar pemilik video itu dimurahkan rezeki di atas kebaikan yang telah dilakukan.

'Teringat ayah aku'

 

 

Hargai pengorbanan ibu ayah

'Semoga dimuarahkan rezeki selalu'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen