Ditinggal sendirian tepi jalan, ibu tetap doakan kebaikan untuk anak-anaknya undang sebak orang ramai

Sudahlah kehilangan sebelah kaki, ditinggalkan pula di tepi jalan. Tak terbayang rasanya luluh hati seorang wanita yang bergelar ibu apabila anak-anak mempelakukannya sebegitu rupa.

Menurut sumber, wanita tersebut telah dijumpai oleh orang awam di tepi jalan dalam keadaan berkerusi roda dan bersama dengannya lampin pakai buang serta beg pakaian.

Masih mempunyai keluarga

Melalui aduan yang dibuat oleh orang awam kepada Lembaga Zakat Selangor(LZS) pada jam 8.30 malam itu difahamkan melibatkan seorang wanita yang masih mempunyai keluarga atau ahli warisnya yang masih hidup.

Apabila dihubungi keluarga terdekata iaitu anak-anaknya, bermacam-macam alasan yang diberi oleh mereka dengan kata lainnya tiada siapa yang mahu menjaga ibu mereka dan kejadian itu memang disengajakan oleh mereka.

Kes dibawa ke balai polis

Susulan kejadian tersebut, pihak LZS terpaksa menyerahkan kes itu kepada pihak polis bagi tindakan yang selanjutnya.

Dengan menggunakan bidang kuasa pihak polis, anak-anak bersetuju ingin mengambil semula wanita tersebut namun pada jam 3 pagi, anak-anak membuat keputusan untuk tidak lagi mahu menjaga warga emas terbabit menyebabkan pihak polis terpaksa menghubungi Pusat Jagaan Warga Emas.

Lalu dengan persetujuan anak-anak, ibu mereka akan ditempatkan di Pusat Jagaan Warga Emas yang mana kosnya akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Lembaga Zakat Selangor.

Doa ibu sentuh hati

Dalam keadaan yang masih belum reda itu, si ibu masih menitipkan doa yang terbaik untuk anaknya yang kedengaran agak sebak.

"Dah lama acik tak jumpa anak, anak acik baik orang."

Begitulah antara bait-bait kata terlafaz dari mulut seorang ibu buat anak-anaknya meskipun dia diperlakukan seperti itu.

Difahamkan lagi, si ibu mempunyai masalah ingatan yang kurang baik. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen