Ambil gambar kahwin 'another level', gadis pilih 'photoshoot' atas bumbung rumah

Sesi mengambil gambar di hari perkahwinan merupakan antara kemestian yang dilakukan oleh pasangan pengantin sebagai tanda kenangan suatu masa nanti.

Namun, sesi mengambil gambar ini tidak hanya dibuat sewaktu berlangsungnya majlis perkahwinan sahaja tetapi ianya juga ada dibuat secara 'outdoor' yang mana selalunya sesi ini akan dibuat selepas selesai sesi bersanding dan lokasinya pula bergantung kepada pengantin itu sendiri.

Bagaimanapun, seorang gadis ini juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar 'outdoor' selepas majlis perkahwinannya tetapi apa yang berbezanya gadis ini dengan pengantin yang lain adalah dia memilih untuk bergambar di atas bumbung rumah.

 

"Orang kata belajar tinggi-tinggi, aku shoot tinggi-tinggi"

Kapsyen itu disertakan oleh pemilik video Tiktok tersebut yang dikenali sebagai ariffrosly1 yang merupakan jurugambar yang diamanahkan untuk mengambil gambar sepanjang berlangsungnya majlis tersebut.

Gara-gara terlalu kreatif dengan idea yang dipilih oleh pengantin tersebut menyebabkan ruangan komen terus dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari warganet.

'Ini baru istilah outdoor'

'Another level bro'

 

'Semoga maju lebih tinggi'

'Semua nanti nak shoot atas bumbung'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen