Makanan dah siap 'order', gadis luah rasa malu bila lelaki tidak muncul pada 'first date'

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam usaha mencari pasangan hidup, berkenalan dan seterusnya bertemu adalah satu perkara biasa sebelum ke langkah seterusnya.

Walaupun sekadar ingin berkawan sahaja, tentunya ramai yang memilih untuk berjumpa kerana ingin lebih rapat dan mengenali dengan lebih dekat lagi.



Namun, bertemu secara bersendirian akan sedikit bahaya kerana tidak tahu akan niat dan tujuan sebenar akan pertemuan itu.

Teman tak muncul seperti dijanjikan

Seperti gadis ini yang menantikan ‘temannya’ apabila sudah berjanji untuk bertemu di sebuah restoran seperti yang ditetapkan.

Bagaimanapun, nasib gadis yang dikenali sebagai Aisyah Hanim ini tidak menyebelahi dirinya apabila jejaka yang ditunggu tidak mucul.



Pertemuan kali pertama

Menurut video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, Aisyah mengatakan bahawa mereka berkenalan di Facebook dan itu merupakan kali pertama mereka bertemu.



Setelah makanan siap diorder, dia menunggu jejaka tersebut namun tidak muncul, malah telah membuat panggilan dan menghantar pesanan namun tiada respond dari lelaki berkenaan.

Malu dilihat staff

Aisyah juga menyatakan bahawa dia malu apabila staff di restoran tersebut melihat dirinya yang tertunggu-tunggu akan seseorang.

Dalam pada itu, Aisyah juga sempat meninggalkan pesanan buat lelaki itu dengan mengucapkan terima kasih atas apa yang telah dilakukan dan mendoakan agar jejaka berkenaan bertemu dengan seseorang yang lebih baik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata semangat buat gadis tersebut malah turut berkongsi pengalaman yang sama dengan Aisyah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen