Tolak vaksin & berhentikan anak sekolah, posting Zul Yahya kelirukan orang ramai?

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas setahun lebih berperang dengan pandemik, akhirnya semalam vaksin Covid-19 telah selamat tiba di bumi Malaysia.



Ada yang teruja malah ada juga yang menolak penerimaan vaksin tersebut kerana mendakwa bahawa itu semua ‘konspirasi Yahudi’ malah turut menyatakan akan memberi kesan yang tidak sepatutnya.



Turut menolak penerimaan vaksin adalah pelakon veteran tanah air, Zul Yahya yang dikatakan tampil memberi pendapat sendiri mengenai wabak Covid-19 serta penerimaan vaksin.



Baru-baru ini, pelakon tersebut ada membuat posting yang megelirukan orang ramai sehingga menarik perhatian warganet iaitu dengan menyamakan dajjal dengan vaksin yang bakal diterima.




Dalam pada itu juga, Zul Yahya turut membuat posting dengan menyatakan bahawa dia memberhentikan anak-anak kerana ingin lebih menekankan kepada ilmu akhirat.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet hingga meninggalkan pelbagai komen dan reaksi masing-masing akan perkara yang dikatakan.

Masih tak ada bukti sahih

Dah tak ada jalan sedarkan mereka

Hantar sekolah juga ilmu akhirat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen