"Sepatutnya naik kereta sebab hantar kek." - Wanita kesal 'runner' tak jujur, kek untuk kejutan suami terbelah dua

Khidmat penghantaran makanan atau barang menggunakan 'runner' adalah bagi memudahkan urusan dua pihak antara pengirim dan penghantar sekiranya ada masalah tidak mempunyai kenderaan selain dapat menjimatkan masa tanpa perlu menghadap kesesakan lalu lintas.

Umum mengetahui bahawa perkhidmatan 'runner' ini sudah pastinya terkejar-kejar dengan masa sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan item penghantaran, kemalangan dan sebagainya.

Bagaimanapun, perkara itu sedikit sebanyak pasti boleh dielakkan tetapi sebaliknya pula yang berlaku kepada seorang pengguna Tiktok ini apabila tempahan keknya rosak sejurusnya kek tersebut bertukar tangan.

'Sedih giler..runner oh runner'

Tak dapat digambarkan rasa terkejut dan terkilan itu. Pemilik akaun Tiktok yang dikenali sebagai Cik Dee itu hanya mampu melafazkan rasa sedihnya itu menerusi kapsyen.

Sepatutnya  'runner' guna kereta

Menurut sumber, seperti yang dijanjikan sepatutnya kek tersebut dihantar menggunakan kereta kerana seminggu sebelum penghantaran 'runner tersebut telah dimaklumkan bahawa penghantaran yang perlu dihantar adalah kek.

"Masa kek tu sampai, saya masih di pejabat. Anak saya yang terima kata ada rosak kat kek. Saya ingatkan rosak sikit, bila tengok kek tu terbelah dua"

-Cik Dee-

Namun sebaliknya pula yang terjadi apabila 'runner' terbabit menggunakan motosikal bagi melakukan penghantaran walhal caj penghantaran adalah untuk menggunakan kereta.

"Saya dah maklum lebih awal kepada runner tu yang barang yang dia nak ambil tu adalah kek. Jadi, saya minta runner tu gunakan kereta untuk hantar."

"Caj servis yang saya bayar adalah penghantaran menggunakan kereta. Tapi dia guna motosikal untuk hantar kek."

-Cik Dee-

Nombor disekat

Susulan kejadian tersebut, wanita berkenaan ingin memaklumkan kejadian tersebut kepada 'runner' namun panggilannya dimatikan dan nombor telefonnya disekat (block).

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen