Buka mulut isu 'Lisa Blackpig', Janna Nick jawab tohmahan & buru penyebar fitnah

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh hari ini apabila akaun Instagram dan Twitter Janna Nick telah ditutup selepas didakwa memempersenda selebriti serta menyindir ‘girlband’ Korea.



Perkara tersebut dikatakan semakin serius apabila pelakon tersebut kini berdepan dengan ugutan jenayah serta serangan peribadi termasuk membabitkan syarikat produksi miliknya, Janna Nick Studios.



Buat laporan polis demi keselamatan diri

Susulan itu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, tampil membuat laporan polis bagi mempertahankan diri.

“Masih terdapat individu-individu yang membuat kenyataan fitnah terhadap saya yang turut membabitkan keluarga saya apabila mengatakan saya mempersenda mendiang Kim Jong-hyun serta Lisa Manoban.”

“Saya juga berdepan dengan ugutan jenayah serta serangan peribadi terhadap Janna Nick dan Janna Nick Studios,” katanya kepas mStar.

Bakal ambil tindakan undang-undang

Pelakon berusia 26 tahun itu juga berkata bahawa pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti individu yang melemparkan fitnah terhadapnya.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenalpasti individu-individu persalahlaku meskipun mereka cuba berlindung di sebalik nama dan akaun samaran.

“Pasukan peguam saya sedang dalam proses menyimpan segala rekod yang diterbaitkan di Twitter, Instagram, Facebook dan semua media sosial yang memfitnah, membuat ugutan jenayah serta menyebarkan tohmahan dan hashtag negatif membabitkan perkara ini untuk tindakan undang-undang,” katanya.

Jejaskan reputasi dirinya

Janna Nick juga menyatakan bahawa perkara tersebut telah merosakan namanya sama ada di dalam mahupun di luar negara.

“Salah laku mereka (netizen) adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan telah mengakibatkan kerosakan termasuk menjejaskan reputasi dan nama baik saya dan Janna Nick Studios bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar negara,” jelasnya.


Menolak dakwaan mempersenda

Sehubungan dengan itu, beliau sekali lagi menegaskan bahawa tidak mempersenda mana-mana individu apatah lagi mempersenda mendiang Kim Jonghun seperti yang diperkatakan netizen.

“Saya ulangi di sini, saya sama sekali tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersenda mendiang Kim Jonghyun menerusi video yang direkodkan dan dimuat naik oleh Sharifah Sakinah pada tahun 2018 ataupun menyamakan Lisa Manoban dengan ‘Lisa Blackpig’ sebagaimana yang ditohmah.

“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai “Lisa Blackpig”, ianya adalah terpesong sama sekali,” tegasnya.

Untuk makluman, sejak beberapa hari lalu Janna menjadi sasaran netizen malah namanya trending di Twitter sehingga wujud tanda pagar #JannaNIckGoingToJailParty selepas didakwa mempersenda mediang Kim Jonghyun serta Lisa Manoban dalam telefilem pertama arahannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen