Usia bukan penghalang, atuk 65 tahun antara calon SPM 2020

Menuntut ilmu itu tiada batasan umur dan waktu. Orang dulu-dulu juga pernah berkata menuntut ilmu itu biarlah sampai ke liang lahad dan pada hari ini seorang warga emas telah membuktikan perkara itu apabila beliau antara calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Usia bukan penghalang

Meskipun usianya sudah menjangkau 65 tahun tetapi dia masih punyai keinginan untuk menduduki peperiksaan SPM sekali lagi bersama dengan calon-calon SPM tahun 2020 yang lain.

Salman Ahmad merupakan antara 645 calon persendirian daripada keseluruhan 16, 554 jumlah calon SPM 2020 di Negeri Sembilan yang akan mendudui peperiksaan yang telah bermula pada hari ini.

Cabar diri sendiri

Encik Salman bukanlah calang-calang orangnya, beliau merupakan bekas Timbalan Pengarah Tourism Malaysia yang telah bersara pada tahun 2012 dan seorang yang berpendidikan.

"Dulu saya ambil peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) pada tahun 1973, semua subjek dalam Bahasa Inggeris. Kemudian saya melanjutkan pelajaran bidang Pentadbiran Awam. Sekarang saya ingin cabar diri sendiri."

-Salman Ahmad-

Contoh dan motivasi buat anak cucu

Selain ingin mencabar diri sendiri, beliau juga mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini kerana ingin memberi contoh dah motivasi kepada anak cucu dan buktikan kepada mereka bahawa usia bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu.

Persediaan menduduki peperiksaan

Tambah beliau lagi, persediaan yang dilakukan sebelum menduduki peperiksaan sama seperti calon yang lain iaitu membeli beberapa buku ulang kaji sejak tahun lepas di samping adiknya yang seorang guru turut memberinya tunjuk ajar serta mengikuti pembelajaran secara dalam talian jika ada kelapangan.

"Keluarga saya banyak beri sokongan dan galakan. Saya tak malu, saya tidak hairan apa-apa orang kata, kata orang tua belajarlah sampai ke negara China dan dari buaian hingga ke liang lahad."

-Salman Ahmad-

Di samping itu, beliau turut berkongsi subjek peperiksaan yang diambil olehnya pada tahun ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah selain berhasrat mengambil subjek lain tahun depan sekiranya keputusan cemerlang dalam SPM 2020.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen