"Mungkin akan wujudkan alahan." - Ibu mengandung dan menyusu anak antara golongan dikecualikan ambil vaksin

Pada tanggal 21 Februari 2021, Malaysia telah menerima vaksin Covid-19 dan difahamkan vaksin ini akan diterima oleh semua orang namun pada peringkat awal ini hanya beberapa kelompok sahaja yang perlu diberi keutamaan seperti anggota barisan hadapan, individu yang bekerja di sektor perkhidmatan dan lain-lainnya yang terlibat.

Di samping itu, terdapat pengecualian pengambilan vaksin ini iaitu bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anak berikutan kemungkinan masalah alahan atau kesan sampingan yang mungkin wujud.

Data belum cukup kuat

Melalui kenyataan Pensyarah Perubatan Mikrobiologi Universiti Putra Malaysia iaitu Prof Madya Dr Niazlin Mohd Taib, golongan tersebut disarankan untuk tidak mengambil vaksin itu kerana belum ada bukti klinikal untuk menyokong penggunaan vaksin itu dalam kalangan tersebut.

"Ibu mengandung tidak boleh mengambil vaksin yang menggunakan 'live virus' dan kalau ikutkan vaksin Pfizer-BioNTech ini tidak menggunakan 'live virus', tetapi ia menggunakan massenger ribonuclsic acid (mRNA).

"Jadi sepatutnya tidak menjadi masalah untuk ibu mengangandung dan yang menyusu bayi untuk mengambil vaksin tersebut memandangkan ia adalah mRNA.

"Namun, kerana tidak ada data lagi termasuklah daripada Pfizer sendiri, maka kalau boleh tunggu dahulu."

-Dr Niazlin-

Diminta jangan khuatir

Tambahnya lagi, mengenai alahan yang mungkin wujud pada mereka yang menerima suntikan Covid-19, orang ramai diminta usah khuatir jika tidak mempunyai alahan terhadap kandungan di dalam vaksin tersebut.

Hal ini adalah kerana vaksin tersebut tidak mempunyai bahan yang aktif termasuklah polyethylene glycol (PEG) yang kemungkinan menyebabkan alahan.

"PEG sebenarnya diguna pakai dalam kehidupan seharian seperti dalam pengawet makanan dan minuman serta kadang-kadang ada dalam krim untuk kulit."

"Apa yang penting, kita sendiri tahu apakah alahan-alahan kita terhadap makanan ataupun ubatan dan maklumkan kepada pegawai kesihatan ketika hendak mendapatkan suntikan vaksin tersebut."

-Dr Niazlin-

Sehubungan dengan perkara tersebut, tegasnya lagi orang ramai yang mempunyai alahan masih boleh untuk mengambil vaksin tetapi dengan langkah berjaga-jaga.

Di samping itu, mereka yang pernah mengalami alahan teruk terhadap vaksin sebelum ini tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut serta mereka yang mempunyai imuniti yang sangat rendah termasuklah melalui kimoterapi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen