Bunyi bising ekzos motor ganggu ketenteraman, pemilik kenderaan boleh didenda sehingga RM2,000

Mengubahsuai kenderaan yang berlebihan boleh menyebabkan tindakan undang-undang dikenakan samada penjara ataupun membayar denda.

Namun segelintir orang ramai masih lagi melakukan pengubahsuaian kenderaan mereka seperti menukar bahagian ekzos kereta atau motorsikal sehingga mewujudkan bunyi bising sehingga mengganggu kententeraman orang awam.

Denda RM2,000

Susulan masalah yang tidak dapat dibendung ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman iaitu Datuk Azisman Alias menegaskan bahawa mereka yang mengubahsuai ekzos kereta ini boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.

"Mengikut kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor(Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN/ 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggara."

 

"Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan."

-Azisman Alias-

Pemilik kenderaan boleh ditahan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengubahsuain ekzos ini sangat popular dalam kalangan remaja kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal sekaligus mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

Namun begitu, polis juga dibolehkah menahan mana-mana pemilik motosikal yang melakukan hal itu sebagai mengambil langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku lagi.

"Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS)."

"Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ)."

-Azisman Alias-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen