Myvi dipandu laju sebelum rempuh van hingga terbalik, pemandu berjaya ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Dilanggar secara laju dari arah belakang, seorang pemandu van parah selepas kenderaannya dirempuh oleh sebuah kereta Peroduan Myvi di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, dekat Serdang.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kenderaan mangsa dirempuh dari arah belakang menyebabkan van dipandunya terbalik malah turut dirempuh sebuah kereta Proton Waja yang berada di kanan van tersebut.


Menerusi rakaman yang tular, seorang penunggang motosikal pula nyaris menjadi mangsa apabila berada beberapa meter di belakang van tersebut.



Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at, pemandu Myvi berusia 26 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri tetapi ditahan orang awam yang kemudian menyerahkan kepada polis.

"Lelaki pemandu Myvi itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSJT) untuk tindakan susulan.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati pemandu Myvi itu negatif dadah.

"Polis akan menjalankan ujian alkohol terhadap lelaki itu yang didapati tiada rekod jenayah.

"Kita akan mohon reman terhadap suspek mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata Azman.

Pemandu van yang parah kini ditempatkan di zon merah Hospital Serdang untuk rawatan.

"Setakat ini, butiran pemandu van itu masih belum diperoleh daripada hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen