"Kakak rindu kat ayah..." -Setahun tak jumpa, pertemuan anak dan ayah ini buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbulan berjauhan dengan yang tersayang tentunya memendam segala perasaan rindu teramat sangat hingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

Tentunya perkara tersebut lebih perit dilalui oleh anak-anak yang rindukan belaian kasih sayang ayah dan juga pelukan mesra bapanya.

Menangis rindukan ayah

Itulah yang dilalui oleh keluarga kecil ini apabila berjauhan dengan suami dan juga ayah kerana bertugas di Qatar, malah pertemuan terakhir mereka juga adalah Februari tahun lalu.



Menerusi perkongsian di Instagram Syazwana.Sj, memaparkan gelagat anak-anaknya yang berusia 4 dan 5 tahun menangis merindui dan memanggil ayah mereka dari jauh.



Bagi menghilangkan perasaan rindu, mereka sekeluarga kerap melakukan video call untuk memastikan tidak terlalu perlu menanggung rindu.

Difahamkan, sebelum Covid-19 melanda suaminya Akram akan pulang setiap bulan namun disebabkan pandemik anak-anaknya yang masih kecil terpaksa memahami akan bahaya virus tersebut.



Dalam diam ayah mohon cuti

Bagaimanapun, perasaan rindu juga turut dialami si ayah apabila dalam diam membuat pemohonan cuti dan tidak sangka diluluskan oleh pihak pengurusan.



Berdasarkan video tersebut, selepas mengetahui bahawa Akram akan pulang, Syazwana dan suami sepakat untuk membuat kejutan buat anak-anaknya.



Selepas 7 hari kuarantin

Akhirnya, genap setahun perpisahan mereka, Akram dapat bertemu dengan isteri tercinta selepas menjalani kuarantin selama 7 hari di Subang berikutan ujian saringan mendapati beliau negatif Covid-19.

Pertemuan penuh sebak itu sememangnya menyentuh hati melihat keluarga ini kembali bersatu semula.



Walaupun hanya 10 hari mampu meluangkan masa bersama, tentunya akan digunakan sebaik mungkin buat mereka sekeluarga, malah Syazwana juga mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan keluarganya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut sebak melihat video rakaman tersebut malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen