"Jangan halalkan dosa atas nama gurauan..." - Ustazah Asma' Harun selar group Facebook 'Riak Apa Hari Ini'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak dua tiga hari ini laman Facebook ‘Riak Apa Hari Ini’ tentunya menjadi perhatian warganet kerana dikatakan sangat mengiburkan dan mencuit hati.


Menerusi laman Facebook tersebut, boleh dilihat rata-rata pengikut ‘group’ tersebut seakan-akan berluma-lumba mempamerkan kekayaan mereka masing-masing. Ada yang mempamerkan emas, wang ringgit, tempat tinggal, kereta dan pelbagai lagi dengan kapsyen yang mencuit hati.



Difahamkan laman Facebook tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan bukannya benar seperti yang dinyatakan oleh pengikutnya.

Bagaimanapun, hari ini laman Facebook tersebut mendapat teguran daripada Ustazah Asma’ Harun yang meminta agar admin ‘group’ untuk menukar atau menutup terus laman itu.


Menerusi akaun Facebook Ustazah Asma’ Harun, beliau menyatakan bahawa perkara yang tidak sepatutnya sedang dibenarkan dengan alasan sebagai satu gurauan yang mengaibkan serta perbualan bebas antara lelaki dan perempuan.

“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan,” tegurnya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dengan pandangan dan teguran tersebut. Bahkan, mereka juga mengatakan bahawa perkara tersebut boleh menjadi satu kebiasaan kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen