Cuak dalam timbunan makanan ada sesuatu, wanita tak sangka kawan baik beri kejutan gelang emas

Setiap orang pastinya mempunyai kawan baik, yang sanggup mengharungi susah dan senang bersama serta berkorban apa sahaja kerana merasakan nilai persahabatan itu lebih berharga daripada segala-galanya.

Begitulah juga yang dirasakan oleh seorang wanita ini terhadap kawannya sehingga dia mengambil keputusan untuk memberi kejutan buat insan yang digelar sahabat itu.

Pemilik akaun Tiktok yang dikenali sebagai @attyrasaari memaparkan detik-detik cemas apabila sahabatnya itu melihat ada sesuatu yang mencurigakan di sebalik timbunan makanan malam mereka ketika itu.

 

"Dialah yang bagi barang kemas dia untuk aku gadai dan  guna duit tu untuk hidup."

Itulah antara tulisan yang kedengaran seperti luahan buat Atyra kepada kawan baiknya di saat mengenangkan semula sewaktu dia melalui kepayahan hidup, kawannya itulah yang sanggup bergadai emas agar Attyra boleh kembali meneruskan kehidupannya.

Perasaan bercampur baur tatkala itu antara seronok dan sebak dalam masa yang sama.

Perkongsian video oleh Atyra menerima pelbagai respon dari warganet yang rata-ratanya terharu dengan persahabatan mereka kerana memiliki kawan yang ada di waktu susah dan senang kita tanpa mengata belakang ini 'limited edition'.

 

'Susah jumpa kawan macam ni'

 

 

'Semoga persahabatan kekal sampai syurga'

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen