Tak berani salam isteri selepas dah halal, siap main tarik tangan lagi

Setiap insan tentunya ingin hidup berpasangan di dunia ini malah hubungan tersebut akan lebih indah sekiranya dihalalkan melalui satu ikatan perkahwinan.

Namun pertemuan pertama dengan bakal pasangan hidup ini sudah tentunya akan melahirkan rasa malu antara satu sama lain, lebih-lebih lagi jika selama ini mereka menjaga ikhtilat sepanjang pertunangan mahupun perkenalan.

Pengantin tersipu malu ketika batal air sembahyang

Seperti pasangan pengantin ini yang dilihat tersipu malu apabila ingin bersalaman selepas akad nikah dan sesi pembatalan air sembahyang.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna akuan TikTok, memaparkan akan sepasang pengantin kelihatan malu untuk bersalaman sendiri malah saling menarik tangan antara satu sama lain.

Dilihat beberapa kali pasangan pengantin itu menghulurkan tangan sebelum menarik kembali dan menundukan pandangan mereka kerana tidak bersedia untuk melakukan perkara tersebut.

Merupakan seorang ustaz

Bagaimanapun, situasi tersebut membuatkan ahli keluarga terdekat memberi dorongan kepada mereka malah photographer juga terlihat sudah bersedia untuk menangkap gambar.

Menurut rakan pengantin perempuan, pengantin lelaki merupakan seorang ustaz malah, pada hari pernikahan mereka juga si suami menghadiahkan bacaan surah al-Quran buat isterinya. Bahkan ketika hendak pulang ke rumah, dia sempat menyarungkan kasut pada kaki isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pasangan ini yang dikatakan begitu sweet malah turut mengharapkan pasangan seperti itu suatu hari nanti.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen