Masukkan sudi besi dalam 'extension cord', kanak-kanak 2 tahun maut terkena renjatan elektrik

Memantau anak dalam setiap pergerakan dan tindakan mereka adalah satu kemestian yang perlu dilakukan oleh ibu bapa.

Otak mereka yang sering ligat ingin mencuba sesuatu menyebabkan mereka boleh bertindak di luar jangkaan seperti yang berlaku di Filipina Jumaat yang lalu apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun ditemui mati selepas terkena renjatan elektrik di rumahnya.

Main sudu besi

Difahamkan, kejadian yang berlaku di Quezon City itu berlaku apabila kanak-kanak terbabit yang bernama Jake Angara memasukkan sudu besi ke dalam extension cord sewaktu emaknya sedang membancuh susu di dapur.

Menurut ibunya, kejadian itu benar-benar di luar jangkaannya kerana sebelum ke dapur , sudu tersebut sudahpun diletakkan di tempat yang tinggi.

Mangsa tak dapat diselamatkan

Bagaimanapun, Jake tidak dapat diselamatkan apabila dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dia dikerjakan ke hospital.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen