Pernah putus cinta dan 'insecure', gadis tekad kuruskan badan hingga ramai tak 'cam' dirinya

Memiliki tubuh badan ideal adalah idaman setiap wanita namun, percaya atau tidak hal itu hanya akan terjadi sekiranya golongan ingin mempunyai tujuan atau matlamat mereka sendiri.

Hal ini jelas dibuktikan dengan kisah seorang gadis ini apabila dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam dan menjaga makan setelah dikatakan putus cinta.

Plan turun berat badan dari dulu

Menurut sumber, gadis berusia 20 tahun yang bernama Nur Amierah Syafiqah ini rancangannya untuk menurunkan berat badan selalu tidak kesampaian dan memungkinkan hal itu terjadi kerana tiada konsisten.

"Berat saya sebelum ini 74kg, dalam masa enam bulan saya berjaya turunkan sehingga 50kg. Sebelum ini pernah banyak kali nak turunkan berat badan tapi tak berjaya."

"Mungkin kerana tak konsisten dan tiada alasan kukuh. Tahun lepas saya putus cinta, jadi ia menjadi sebab untuk push diri."

-Amierah-

Saudara mara tak kenal

Amierah akui bahawa dia sangat kagum dengan perubahan pada dirinya dan perubahan yang berlaku itu mendapat dorongan serta mptivasi juga daripada kawan-kawan terdekat.

Tambahnya lagi, perubahan yang dihadapi olehnya sangat ketara sehingga menyebabkan saudara maranya tidak mengenali Amierah.

"Ada ahli keluarga yang tak kenal lepas saya kuruskan badan. Macam pakcik makcik yang jarang berjumpa."

"Saya tegur, lama mereta tengok sebab tak cam."

-Amierah-

Sudi berkongsi rahsia

Susulan perubahan itu, si gadis dengan senang hatinya sudi berkongsi rahsia sekiranya ada orang yang bertanya.

Di kesempatan itu, sempat Amierah berkongsi beberapa tips yang dia amalkan sepanjang beberapa bulan sehingga dia memiliki bentuk badan yang diidamkan.

"Benda utama saya amalkan merupakan calory defisit. Makan kurang daripada keperluan kalori."

"Saya juga buat senaman tiga ke empat kali seminggu, dalam 40 minit. Hanya cari video di Youtube dan ikut senaman itu."

-Amierah-

Apabila saiz badan yang kita miliki sekarang tidak menepati citarasa, sudah semestinya kita akan alami perasaan insecure sehingga cenderung untuk mengurangkan aktiviti pergaulan dengan rakan sebaya. Lebih suka menyendiri dan malu sekiranya kehadiran kita tidak boleh diterima orang ramai.

Begitulah juga yang berlaku kepada Amierah. Namun, apa yang dilakukan olehnya adalah cuba untuk jadi positof dan latih minda agar apa yang diingin supaya kita lebih jelas dengan matlamat yang kita inginkan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen