"Isteri Itu Pendamping Hidup, Bukan Pembantu Rumah".

Di Subuh yang dingin... aku temui ibu yang sudah sibuk memasak di dapur.

'Ibu masak apa? Boleh saya tolong? '



'Ini masak gurame goreng. Sama sambal tomato kesukaan Ayah ' sahutnya.

'Alhamdulillah.. mantap pasti.. Eh Bu.. calon isteriku kelihatan seperti tak boleh masak... '

'Iya terus kenapa..? ' Sahut ibu.

'Bukan apa Bu.. cuma cerita saja, biar ibu tidak kecewa, hehehe '

'Apa kamu fikir yang memasak, membersihkan, menyapu, mengemas rumah serta lain lain itu kewajipan wanita? '

Saya memandang ibu dengan tidak faham.



Lantas beliau meneruskan, 'Ketahuilah nak, itu semua adalah kewajipan lelaki. Kewajipan kamu kelak bila telah beristeri.' katanya.

'Bukankah ibu setiap hari mengerjakannya? '

Saya masih tetap tidak faham juga.

'Kewajipan isteri adalah patuh serta mencari redha suami.' kata Ibu.

'Kerana bapakmu mungkin tak dapat mengurus rumah, jadi ibu bantu mengaturi semuanya.

Bukan atas nama kewajipan, namun juga sebagai bentuk cinta serta wujud isteri yang mencari redha suaminya '



Saya semakin bingung ibu.

'Baik, anandaku sayang. Ini pengetahuan untuk kamu yang ingin bernikah. '

Beliau berbalik memandang mataku.

'Menurutmu, pengertian nafkah itu apa? Bukankah lelaki harus memberi nafkah kepada isteri? tanya ibu.

'Iya sudah pasti Bu.. '

'Baju yang bersih itu nafkah. Hingga mencuci adalah kewajipan suami. Makanan itu nafkah. Jadi bila masih tetap berbentuk beras, itu masih setengah nafkah. Kerana belum dapat dimakan. Hingga memasak adalah keharusan suami. Lantas mempersiapkan tempat tinggal adalah kewajipan suami. Hingga kebersihan rumah itu kewajipan suami.' Mataku membelalak mendengar kata-kata ibuku ini.

'Waaaaah.. sampai begitu bu..? Lalu bila itu semua kewajipan suami. Mengapa ibu terus lakukan itu semuanya tanpa meminta dari ayah? '

'Sudah pasti untuk mencari redha.'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen