"Berita baik akan dikongsi..." - Nabil Mahir kecewa tentang laporan Ayda Jebat Hamil

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam kecoh di media sosial akan pelakon dan penyanyi Ayda jebat yang dikatakan telah hamil selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Nabil Mahir.

Bagaimanapun, menerusi akuan Instagram milik Nabil, satu posting telah dimuat naik dan meminta orang ramai agar menghormati privasi pasangan selebriti ini.

Berita gembira akan dikongsi

Menurut Nabil, sebarang berita gembira pastinya akan dikongsi buat pengetahuan umum dan para peminatnya.

“Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya.

“Hari ni kami pening, marah & sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yg terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak diperlukan,” kongsinya.

Rampas hak tuan badan

Pengacara berusia 33 tahun itu juga meluahkan rasa kecewa akan tindakan sebuah portal yang seakan-akan tidak menghormati privasi mereka kerana berita gembira haruslah dikongsikan oleh ‘tuan badan’ sendiri.

Meskipun begitu, Nabil mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa dan ucapan yang diberikan selain berharap agar pihak lain faham akan situasi mereka.

Semoga Nabil & Ayda terus sabar

Dalam pada itu, dilihat warganet memberi kata semangat buat pasangan ini agar sentiasa kuat menghadapi sebarang dugaan, selain berseyuju bahawa isu cahaya mata ini merupakan perkara sensitif.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen