Ibu bapa berang, budak setahun disaman pihak pengurusan kondo gara-gara tak pakai 'mask'

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun vaksin bakal diaggihkan tidak lama lagi, namun orang ramai masih lagi dinasihatkan agar mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan terutama dalam memakai pelitup muka di tempat awam.

Difahamkan, SOP ini tidak dikenakan buat kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun kerana bimbang pelitup muka tersebut akan membuat mereka berasa lemas.

Kena saman dalam lift

Bagaimanapun, tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia setahun dikenakan penalti kerana tidak memakai ‘mask’ di dalam sebuah lift.

Menerusi laman Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut dikatakan berang dengan tindakan pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor apabila anak mereka yang berusia setahun dikenakan saman sebanyak RM100 akibat tidak memakai ‘mask’.

Difahamkan, selepas menerima saman tersebut ibu bapa kanak-kanak itu kemudian cuba menghubungi pihak pengurusan melalui WhatsApp, dan mejelaskan keadaan sebenar.

Pengurusan tak faham SOP

Namun begitu, pihak pengurusan dikatakan seolah-olah tidak memhamai SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Minta adukan pada pihak berkuasa

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati akan perkara berkenaan, malah meminta ibu bapa kanak-kanak tersebut membuat laporan kepada pihak yang sepatutnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen