Setiap orang mempunyai perangai yang berbeza, ada baik dan buruk. Namun ada beberapa keburukan khususnya pada lelaki yang harus dielakkan. Jika anda seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri seperti ini, bersedialah untuk mengubah tingkah laku anda kerana ada tanggungjawab lebih besar yang harus dipikul oleh seorang suami selepas berkahwin supaya ia tidak menjejaskan hubungan rumah tangga anda dalam jangka masa panjang. Ada enam sifat yang harus dielakkan pada lelaki:
1. Bersifat kedekut.
Sebagai ketua keluarga, suami perlu menyediakan nafkah untuk anak isteri seperti pakaian, kediaman yang selamat dan makanan yang cukup. Dia perlu berhemah dalam berbelanja, bukannya kedekut. Dan menjadi tanggungjawabnya memastikan semua keperluan itu wajib dicukupkan.
2. Bersifat pemalas.
Kalau sebelum kahwin pun suka mengharapkan pertolongan dari ibu bapa bagaimana pula hidup selepas berkahwin? Tentu saja setiap perkara yang anda lakukan tidak akan dibantu malah akan membebani si isteri.
3. Bersifat sombong dan ego.
Contohnya jika pulang ke kampung isteri, suami jenis ini tidak gemar untuk bercampur dengan ipar duai dan sanak saudara sebelah isteri. Bahkan ada juga yang tidak mahu tidur di rumah ibu mertuanya. Atau paling tidak pun orang yang sombong ini suka memperlecehkan dan merendahkan ahli keluarga yang lain. Akhirnya hubungan menjadi tidak harmoni.
4. Bersifat pemarah.
Orang yang pemarah ini sukar untuk bawa berbincang tambah pula semua benda kecil pun boleh bikin jadi dia marah. Bagaimana nak jadi ketua keluarga jika ada masalah yang timbul dan tidak menyelesaikan dengan berhikmah.
5. Bersifat penakut.
Penakut itu subjektif. Mungkin salah satu contoh adalah penakut untuk suarakan kebenaran. Dia lebih rela senyap dari berbalah. Bagaimana anda boleh mengharapkan dia akan mempertahankan anda pada situasi yang lebih kritikal?
6. Pisau cukur.
Ada juga lelaki yang tak bekerja atau bekerja ala kadar tapi selebihnya hanya mengharapkan duit dari anda sahaja. Tak mahu usaha lebih untuk tingkatkan diri pada masa depan. Perkahwinan adalah komitmen sepanjang hayat dan jika masih ada ciri-ciri seperti di atas, ini akan membuatkan suasana rumah tangga yang dibina tidak ada mawaddah dan rahmah. Jadi, buat wanita pastikan anda buat pilihan yang betul dan anda punya kuasa untuk menolak.
Tinggalkan Komen