Jaga batas & maruah suami, Syanie Hisham kini istiqamah berhijab

Oleh: Zuzu Yasmine

Terlihat lebih ayu dan manis, pelakon dan usahawan Syanie Hisham kini dikatakan sudah bertudung serentak pada hari pernikahannya dengan suami Zahril Hafiz Mohammed Nor, 41 yang diadakan pada awal Februari lalu.

Menerusi temubual bersama Media Hiburan, Syanie mendedahkan bahawa keputusan tersebut sudah disuarakan kepada suaminya sejak tahun lepas lagi.

Tunai janji pada suami

Bahkan, suaminya juga pernah bertanya bila dia mahu bertudung namun, pada ketika itu dia menjadi peserta program Masterchef Selebriti musim kedua dan tidak pasti akan waktu yang sesuai.

“Saya memang ada berkongsi dengan suami (ketika itu masih berstatus tunang) mengenai keputusan nak bertudung. Dia ada bertanya bila nak ke arah itu. Saya bagaimanapun menjawab belum pasti lagi bila.

“Cuma ada beri bayangan akan bertudung secara rasmi pada hari pernikahan. Dia pun paling suka dengan apa yang saya bakal lakukan.

“Tanpa bercakap panjang, dia hanya tunduk bersetuju. Alhamdulillah, saya kotakan perkara itu saat kami diijabkabulkan,” ujar Syanie.

Suami sentiasa menyokong

Pemilik nama sebenar Syaniza Hisham ini juga mengatakan bahawa dia nekad membuat keputusan tersebut demi menjaga batas dan maruah suaminya selepas bergelar isteri.

“Apa jua keputusan saya lakukan, dia tetap menyokong,” kata Syanie.

Untuk makluman, pelakon berusia 47 tahun ini mengikat tali pertunangan pada bulan Ogos tahun lalu sebelum melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 9 Febrauri lalu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen